belajar kerana DEAN LISt ?
Wednesday, 21 November 2012 | 19:24 | 0comments
Assalam . hati ini terdetik tatkala segala post terdahulu dibaca . apekah yang telah terdetik ? sudah pasti timbul perasaan insaf . aku manusia . sering alpa dan terlagha dengan dunia . tujuan aku menulis bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah . setelah aku baca semua post aku , kebanyakkan menceritakan perihal hidup aku yang tak bersyukur akan nikmat Allah .Kembali pada tajuk asal post aku kali ini . bagi pelajar yang telah berada di IPT , mest pekataan DEAN LIST ini tersangatlah famous . rebutan ramai . tak terkecuali aku . aku tersangat mengidamkan tersenarai dalam senarai dekan . tetapi hari ini . Alhamdulillah , baru aku sedar kesilapan aku tentang perkara ini .
Aku terdetik untuk membaca artikel mengenai 'DEAN LIST ' kerana Allah . sekarang aku harus perbetulkan niat aku . Kerana Allah . mungkin tak perlu aku huraikan panjang mengenai artikel tersebut kerana tajuknya sahaja sudah terkandung 1001 makna . Alhamdulillah , teima kasih ya Allah kerana masih memberikan aku petunjuk dan hidayah-Mu tatkala aku lalai .
# Semoga Allah sentiasa memberkati aku dan orang yang aku sayangi . ameen

