MANUSIA DENGAN PRASANGKA untuk kamu KAWAN
Saturday, 8 December 2012 | 20:35 | 0comments
Assalamualaikum . hari ni aku nak menulis tentang sikap manusia yang sering berprasangka tidak kira siapa , tempat dan masa . perkara ni antara sedar atau tidak akan melukai perasaan orang lain . atau lebih dikenali dengan mangsa prasangka .Sikap prasangka kat manusia ni terbahagi kepada banyak tahap . tapi aku takkan huraikan satu persatu . aku benar-benar terkilan dengan sikap manusia sebegini . Mungkin salah aku sebab terlalu mudah untuk menyayangi orang yang ku rasakan baik . tapi prasangka kamu wahai kawan , terlalu berat untuk aku terima . Aku manusia dan aku hidup bukan untuk dihakimi . Mungkin salah aku kerana terlalu percaya yang manusia bernama kawan ni , akan memahami apa yang aku luahkan .
Namun , 100% aku silap . Prasangka dan layanan orang yang aku pernah namakan dia sebagai sahabat amat menyaktkan aku . baru aku sedar kenapa semua berubah . kerana prasangka kamu . aku mengaku aku sayangkan dia . aku dan dia terlalu bodoh untuk melakukan perkara yang Allah larang . kami mahu Allah berkati kami . aku tak mampu tinggalkan dia kerana aku percaya kalau benar dia jodoh aku , Allah akan bantu aku . Jika sebaliknya , aku redha .
Wahai manusia yang aku anggap sebagai kawan , salah aku kerana terlalu banyak menyusahkan . Terlalu banyak aku luahkan kepada kamu dan aku tak sangka kamu akan terpesong jauh dengan apa yang aku nyatakan . Salah aku .
# take note : cukuplah berprasangka kerna mungkin mengundang fitnah . aku hanya harapkan satu perkahwinan yang indah dengan keberkatan . Terima kasih

