SESUATU YANG AKU RASAI
Friday, 15 November 2013 | 03:00 | 0comments
dalam hidup ni, tak semestinya apa yang kita mahukan kita pasti akan dapat. #kliseaku tahu apa yang aku mahukan. tapi terlalu sukar untuk aku dapatkan.semua orang mahukan kebahagiaan dan kejayaan.dalam doa sering dipohon dan terus dipohon pada yang Esa.
Entah.
perasaan ini tetap tak sama pada setiap masa.ada kala aku kuat untuk daptkan apa yang aku mahu dan ada kala aku rebah dlam mendapatkan sesuatu itu.
pernah aku terfikir untuk mencatat segala apa yang aku mahukan.tetapi, sekadar berkubur di lubuk hati ini.
Kenapa? ya. kemalasan aku agungkan. bermalas-malasan dan membiarkan masa berlalu.
sedar tak sedar itulah penyebab aku gagal dalam kehidupan aku.
Oh, nmpknya aku lupa untuk menyatakan juga tentang kemahuan aku untuk bercinta.
Sebut kata tentang cinta aku pasti ramai yang dapat menjawab tentang cinta dengan jawapan masing-masing.
Pada jawapan aku.
Cinta itu anugerah. ya, anugerah yang tidak terkata hebatnya. kenapa hebat sangat?
Entah. Tutup mata. tanya hati. Tampar diri. Kau tahu apa ertinya hebat.
Dalam masa yang ada. selagi aku diberi peluang untuk bernyawa di muka bumi Allah ini walau sekadar pedagang yang mencari bekalan, aku ingin mendapatkan yag terbaik buat aku. Bukan sebagai pedagang yg sia-sia.pulang menemui Tuannya dalam keadaan yang memalukan tetapi pulang dengan gahnya.
Mampukah aku?
CINTA DAN CITA-CITA

