//if i can
follow | dash

aku dan kebodohan aku
Wednesday 1 January 2014 | 08:40 | 0comments
malam ni same sperti malam2 yg lain. walau tahun baru. aku masih diulit perasaan yang sama. yg beda hanyalah malam ini lebih perit kerana hari ini permulaan baru tahun 2014.kebodohan aku. ctitan ini mengenai betapa aku rasa kebodohan aku. di kala orang lain memulakan azam baru dan saling bercerita akan perancangan mereka kepada pasangan mereka, aku pula sangat istimewa. kerana aku dihidangkan dengan penceritaan mengenai bekas2 kekasih kamu. aku tampak kuat mendengar segala apa yg kau ceritakan. setia mendengar apa yg kau luahkan. aku tak bodoh untuk tahu siapa mereka yg engkau agungkan. wahida, syakirin ibrahim ( eirin ibrahim ) dan nurul nabilah. kau terus bercerita mengenai mereka. berkali-kali engkau ulang perkara yg sama. aku hanya bodoh untuk bertanya. kerana sifat ingin tahu ku melebihi segalanya. aku tahu akhirnya aku terluka. pagi ini tatkala kubukakan mata, aku berasa amat sakit. bagai bangun dari mimpi yang mencekik nafasku. aku mencarimu. kupohon agar kau curahkan kasih. rindu teta bertamu. namun kemarahan yang diluahkan tatkala aku cuba bermanja. segala apa amarah keluar darii bibirmu. ya tuhan, sungguh aku menanggung pedih. air mata mengalir kerana hati terguris. kupejamkan mata agar semua berlalu. namun air mata terus lahir dan mengalir. bukan doktor yang harus kucari untuk merawat penyakitku ini. dan bukan kata2 hinaan dan ejekan yang aku tunggu dari bibirmu. kau pinta aku pohon keampunan dari tuhan atas silapku. ya, sudah aku pohonkan. tiada henti. hanya engkau tak pernah ketahui. andai cinta aku kau labelkan sebagai dajjal al masih. sedarlah aku masih waras untuk dihina sekejam rupa. tuhan ada dipihak hamba yg dizalimi. engkau punya tuhan. begitu juga aku. kita punya tuhan yang satu. pada matamu aku seorang yang dijijik. peminta sedekah yang tersangat hina mengemis dikakimu erti cinta.sedangkan aku punya hati untuk dijaga.

akan aku bertahan kerana aku cinta. andai kau punya teman pengganti selain aku, kita jumpa di akhirat kelak.

salam buatmu...

Older Post | Newer Post